1. Menyediakan ringkasan (summary) terhadap mesej yang anda ingin sampaikan.
Mereka sering sibuk. Apabila bercakap dengan orang atasan anda, ingatkan mereka tentang apa yang anda perkatakan sehingga tiada kekeliruan. Dengan memperkuatkan inti pati subjek yang ingin anda sampaikan, ia menambahkan kefahaman ketua. Jika ketua anda keliru mereka biasanya tidak melakukan apa-apa.
2. Anda perlu ringkas dan 'direct to the point'
Bos tidak mahu terlalu banyak memikirkan mesej anda. Meraka tidak suka berteka-teki dengan anda. Fikirkan dan aturkan apa yang anda mahu katakan sebelum bercakap dengan mereka. Ketepatan adalah kemahiran yang sangat penting
3. Menjangkakan soalan dan keperluan untuk mendapatkan extra info.
Bersedia sebelum pertemuan dengan bos anda tentang soalan atau kebimbangan yang mungkin bermain difikirannya.
4. Belajar gaya komunikasi ketua anda dan gaya pihak lain juga
Berkomunikasi dalam bahan-bahan yang penting kepada mereka dan bukan mengikut cara anda. Sekiranya anda selalu berkomunikasi dengan gaya anda kepada semua orang yang anda berurusan anda ianya akan merugikan anda
Fahami cara komunikasi orang lain |
5. Menerima kritikan dengan berhemah
Cara terbaik untuk mengendalikan hujah adalah untuk mengelakkannya. Jika dikritik, jangan 'defensive'. Anda perlu berterima kasih atas maklum balas dan minta cadangan untuk penambahbaikan.
6. Menerima pujian dengan baik.
Jangan menafikan pujian atau cuba bersifat 'hipokrit' dan meremehkannya . Apabila anda dipuji, katakan saja "terima kasih."
7. Betulkan boss anda dengan cara yang bijak
Sekiranya boss anda melakukan kesilapan, jangan katakan "anda tidak betul tentang itu ... .." sebaliknya mengatakan sesuatu seperti, "Saya agak ragu-ragu tentang perkara tersebut ...."
Sekian, moga dapat membantu ke arah suasana kerja yang 'conducive'
No comments:
Post a Comment