Showing posts with label MRT Malaysia;. Show all posts
Showing posts with label MRT Malaysia;. Show all posts

Thursday, December 24, 2020

LRT KL Sentral Laluan Kelana Jaya KJ15 - Stesen Sentral Kuala Lumpur Terminal Hub Udara Paling Sibuk

LRT KL SENTRAL KJ15 

Terletak di tengah-tengah kawasan bandar Kuala Lumpur, LRT KL Sentral amat sinonim dengan sistem rel berintegrasi. Pelbagai mod pengangkutan seperti rel, bas, teksi, e-hailing disediakan di sini

Semua LRT di bawah kendalian Rapid Rail Sdn Bhd dibuka pada jam 6 pagi setiap hari.

KEKERAPAN LRT RapidKl web

Click PULSE Prasarana Perancang Perjalanan

KLTRANSIT BLOGSPOT
LRT Laluan Kelana Jaya

KAWASAN CONCOURSE

Terdapat pelbagai rel kaunter di sekitar kawasan ini seperti LRT Kelana Jaya, KIOSK dan restoran fast food, laluan ke MRT Muzium (Kajang Line), ERL Transit & Express ke airport KLIA. Sesuai dengan gelaran 'Air Terminal'', anda juga boleh check in di sini.

Kaunter Air Asia juga telah dibuka untuk kemudahan pelancong (tourist);


KL Sentral Sales Office

Lot 4, Level 2, Stesen Sentral

50470 Kuala Lumpur

Malaysia

Office Hours: 9:00 am - 9:00 pm daily

03-2144 7944

AirAsia Sales Centre (KL Sentral)


 

 BACA JUGA : NKRA 40% MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM PADA 2030

KLTRANSIT BLOGSPOT
LRT KL Sentral West -  Main Entrance 

Terdapat 2 kaunter LRT di sini iaitu East dan West wing. Sebelum pandemik kedua- dua sayap digunakan untuk turun dan naik, tetapi untuk mematuhi SOP norma baru, East wing hanya untuk pelanggan keluar, sementara West adalah tempat pemeriksaan suhu sebelum masuk. Selain itu kaunter ERL , operator rel ke KLIA Express dan KLIA transit terletak bersebelahan East Wing.

Laluan ERL KLIA Express


Tingkat 1: KTM Komuter, KLIA Transit & Express, LRT Laluan Kelana Jaya.

Bagi pengguna ETS pula, terdapat ruang menunggu di tingkat 2. Kaunter tiket ETS KTM yang terletak di tingkat 3 sentiasa dipenuhi penggguna. Tiket juga boleh dibeli secara online.

Tingkat 2: KTM inter-city trains / ETS

Kaunter Tiket KTM


Tunjuk arah ke MRT Muzium

Laluan ke MRT Muzium yang bersebelahan McDonald's disediakan.

Laluan dari MRT Muzium ke LRT



Laluan Dari MRT Muzium ke LRT

KLTRANSIT BLOG SPOT
KFC Tingkat 2 Stesen Sentral KL

Ruang menunggu ETS terletak di Tingkat 2 yang merupakan pintu masuk utama ke Stesen Sentral KL yang juga terdapat restoran KFC



ETS Kaunter Tingkat 2



HOTEL-HOTEL DAN TEMPAT TUMPUAN BERDEKATAN:

ALOFT KUALA LUMPUR





                HARVEY NORMAN


KLTRANSIT BLOGSPOT
Kawasan Concourse LRT KL Sentral KJ15


Laluan Ke Platform KL Sentral


Kawasan Platform KL Sentral





Lihat YouTube Channel KLTRANSIT TRAVEL CHANNEL - KL Monorel melalui NU Sentral


Selain menyediakan perkhidmatan rel, terdapat pusat membeli belah yang besar di Stesen Sentral Kuala Lumpur, iaitu NU Sentral.




Wednesday, December 16, 2020

LRT Pasar Seni KJ14 Integrasi MRT Pasar Seni and KTM Stesen KL


Selain stesen LRT Masjid Jamek, Dang Wangi,  KL Sentral,  Plaza Rakyat, LRT Maluri, LRT Abdullah Hukum, LRT Subang Jaya, MRT Kajang, MRT Sungai Buloh yang menghubungkan pelbagai aliran, LRT Pasar Seni juga tidak kurang penting sebagai stesen yang amat sibuk pada mulanya menghubungkan hanya stesen MRT Pasar Seni, kini menambah pilihan pengguna dengan penyambungan ke stesen KTM Kuala Lumpur


Pintu Masuk ke LRT Pasar Seni KJ14 
                                       


Lokasi LRT Pasar Seni KJ14, klik  (Google map)



Jambatan ke Pos Malaysia, Dayabumi sambungan ke LRT


LRT Pasar Seni telah beroperasi sejak 1998, iaitu permulaan seksyen 1 di bawah pengurusan Prasarana, melalui anak syarikatnya Rapid Rail Sdn Bhd


LRT menuju ke terowong - LRT Masjid Jamek


Berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan, LRT Pasar Seni ini menghubungkan Central Market, susur Sungai Kelang, sekitar Masjid Jamek Bandaraya KL dan Petaling Street, Pos Malaysia dan Dayabumi.

Petaling Street

Laluan popular dari para pelancong dan tempatan ialah dari hub bas stesen Pasar Seni yang terletak di bawah stesen LRT, sekaligus memudahkan pertukaran antara bas, LRT, MRT dan KTM.

kltransitblogspot
Hab Bas Pasar Seni

Hab bas yang menghubungkan pelbagai laluan telah lama bertapak di bawah stesen LRT



Ruang Menunggu Hab Bas Pasar Seni (lokasi di bawah stesen LRT)

Berhampiran hub bas ini, terdapat 2 pintu masuk ke MRT Pasar Seni iaitu Pintu A dan Pintu B
Pintu A MRT Pasar Seni




Menara The Exchange 106 Dalam Pembinaan

Menara The Exchange 106 yang sedang dalam pembinaan juga kelihatan dari kawasan sekitar MRT dan LRT

Terdapat ruang menunggu di platform ini yang bersaiz besar dan yang paling penting terdapat kaunter khas RapidKL untuk kemudahan pas warga emas, pelajar dan OKU

KLTRANSITBLOGSPOT
Kaunter Khas Kad Konsesi RapidKL di Pasar Seni

Di concourse, LRT terdapat kaunter khidmat pelanggan untuk urusan pembelian My30, tambah nilai TnGo (mengikut masa operasi tertentu) dan sebagainya.

Kaunter LRT Pasar Seni


Sebuah jambatan yang merentasi Sungai Kelang telah siap dibina pada tahun 2019
Terdapat beberapa buah token vending machnie dah walkalator serta auto gate untuk kemudahan pengguna.

kltransitblogspot

Jambatan ini yang menghubungkan LRT dan KTM Kuala Lumpur dan terdapat kaunter KTM juga di sebelahnya

KLTRANSIT BLOGSPOT
Kaunter KTM Kuala Lumpur


Walaupun LRT tidak mempunyai kaunter khidmat pelanggan di atas jambatan ini (terdapat beberapa buah ticket vending machine yang disediakan), ianya tetap penting untuk jangka masa panjang ďan tidak hanya dilihat dari jumlah penumpang yang menggunakan laluan ke KTM tersebut.
 
Para pengguna mempunyai pilihan pertukaran selain Abdullah Hukum, Subang Jaya dan terminal udara KL Sentral. Laluan tersebut adalah lambang kepada sistem integrasi rel yang mesra pelanggan.

Pertambahan ridership sejak pembukaan MRT SBK pada tahun 2016,  telah menyaksikan LRT dan MRT Pasar Seni menjadi semakin sibuk.

Jambatan MRT Pasar Seni 

Laluan ke MRT dan LRT 


Laluan sibuk atau jambatan yang mengubungkan LRT dan MRT Pasar Seni. Pilihan laluan ke MRT Kajang atau Sg Buloh terdapat di platform 2 atau 1 di stesen MRT bawah tanah (underground)



Laluan masuk dari MRT ke LRT Pasar Seni


Di platform LRT Pasar Seni, anda mempunyai pilihan seterusnya ke KL Sentral, KLCC, Bangsar, Wangsa Maju, Gombak, Putra Height interchange (Awan Besar, Puchong, Prima, Kinrara dan sebagainya)




LRT Pasar Seni view from on the track from LRT KL Sentral is beauty, click to view



Platform LRT Pasar Seni KJ14




Pemandangan trek dari LRT KL Sentral



Stesen ini tetap penting kepada pengguna setia rel dan bas tambahan terdapat hab bas Pasar Seni di bawah stesen ini.

Bagaimana ke LRT Pasar Seni KJ14, klik


Tidak menghairankan stesen ini sentiasa sibuk disebabkan peranannya sebagai one of best transportation in KL City berdasrkan contoh integrasi yang sangat baik dan lengkap serta teratur

Moga bermanfaat.

BACA JUGA :





Monday, December 14, 2020

LRT Plaza Rakyat SP8 Integrasi ke MRT Merdeka Destinasi Popular KL

LRT Plaza Rakyat - MRT Merdeka - Apa yang menarik?

Stesen - stesen di bawah kendalian RapidKL Kuala Lumpur mempunyai banyak integrasi atau sambungan yang memudahkan pertukaran antara line. Antaranya LRT Plaza Rakyat aliran Ampang / Aliran Putra Heights / Sri Petalngyang menghubungkan ke stesen MRT Merdeka Aliran Kajang Line



LRT dan MRT masing-masing mempunyai kaunter dan 'gate' yang berbeza untuk memudahkan urusan. Walau bagaimanapun stesen interchange membenarkan anda menggunakan sistem LRT/MRT berbeza tanpa perlu keluar dari sistem ( tap out ). Antaranya seperti di LRT Masjid Jamek KJL/ Ampang Sri Petaling, LRT Maluri - MRT Maluri, MRL Titiwangsa - Laluan AG / SP 


Platform MRT Merdeka ( stesen terowong bawah tanah )


LRT Ampang / Putra Heights

Bagaimana ke LRT Plaza Rakyat? / How to go to LRT Plaza Rakyat Click Moovit 


Platform 2 LRT Plaza Rakyat SP8

Kaunter Khidmat Pelanggan LRT Plaza Rakyat

Antara khidmat yang anda boleh berurusan ialah tambah nilai TnGo, My30, token perjalanan sehala untuk warga emas dan OKU, tukaran wang untuk membeli token di mesin layan diri (TVM) dan pertanyaan lain.

Di 'concourse' LRT Plaza Rakyat anda akan melihat laluan khas untuk ke MRT Merdeka. Bagi anda yang nak ke MRT Kajang atau Sungai Buloh, teruskan perjalanan, senang je, tak kena hujan semua dalam bangunan.


Laluan dari LRT dan ke MRT Merdeka (vice versa)

Laluan ke MRT Kajang - LRT Plaza Rakyat

Laluan khas sistem interchange MRT Merdeka ke LRT Plaza Rakyat

Concourse MRT Merdeka

Mercu tanda popular MRT Merdeka

Sementara dari MRT Merdeka pula, anda akan melihat signage ke LRT Plaza Rakyat. Jarak perjalanan ke MRT Merdeka ..boleh tahan juga...exercise sikit macam orang Jepun..

Laluan dari MRT Merdeka ke LRT Plaza Rakyat


Jika anda masuk dari stesen MRT anda boleh rujuk 'thermo signage' yang disediakan untuk mengelak dari keliru. Platform 1 menghala ke  Sentul Timur dan Platform 2 menghala ke aliran   Ampang / Putra Heights seperti di bawah:


'Thermo Signage' ke P1 /P 2

Platform 1 akan membawa anda ke Masjid Jamek  serta stesen-stesen lain seperti Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC dan Sentul, erta Sentul Timur. Sementara platform 2 menghala ke 2 destinasi berlainan iaitu Ampang dan Putra Height. Jadi sila pastikan anda melihat signage sebelum memilih platform dan elektronik display yang tertera di platform.
Jadi banyak stesen lain yang mengubungkan antara satu sama lain.

Selain itu, berhampiran stesen MRT Merdeka ini juga terdapat hotel-hotel pelbagai star dan tempat-tempat menarik:
Disebabkan itu ianya menjadi one of the best transportation in KL City.


Info Berkaitan

LRT Lembah Subang KJ25 

MRT Kajang & Putrajaya Line


 





MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...