Showing posts with label Tip Supaya Mesyuarat Lebih Berkesan. Show all posts
Showing posts with label Tip Supaya Mesyuarat Lebih Berkesan. Show all posts

Tuesday, July 3, 2018

Tips Supaya Mesyuarat Lebih Berkesan - Peranan Pengerusi Mesyuarat / Fasilitator

5 teknik yang perlu dilakukan supaya mesyuarat lebih berkesan;

1.       Mulakan dengan mengenalpasti 3 senarai periksa (checklist)
  •  apakah yang berlegar di fikiran semua yang hadir (peserta)
  •  apakah perkara yang ingin anda capai dalam mesyuarat tersebut
  •  apakah satu perkataan terbaik yang boleh menggambarkan mood atau perasaan anda waktu itu.

Hanya beberapa minit diperlukan untuk Pengerusi / Fasilitator mempastikan para peserta fokus dengan matlamat mesyuarat dan menarik perhatian mereka.

 




2. Nyatakan harapan yang akan diperolehi hasil dan agenda dari mesyuarat tersebut
  • Para peserta perlu dijelaskan secara ringkas matlamat mesyuarat secara objektif
  • Agenda mesyuarat hendaklah diberitahu secara ringkas semasa notis memanggil mesyuarat diedarkan melalui e-mel dan sebagainya supaya mereka ‘align’ dengan matlamat syarikat
  • Kenali semua ahli sebaik-baiknya untuk memudahkan komunikasi semasa mesyuarat dijalankan. Ini penting supaya percakapan anda tidak menyentuh sensitiviti ahli

3  Pembahagian tugas di kalangan peserta
  • Sebagai fasilitator, anda berhak untuk melantik mereka yang sesuai sebagai pencatat minit mesyuarat 
  • Ada kalanya anda perlu melakukan ‘rotation’ di kalangan mereka jika bersesuian dengan tugasan tersebut. Ianya bergantung kepada kesesuian dan kemahiran ahli asalkan ianya berkesan.
  • Ada kalanya anda perlu melakukan ‘rotation’ di kalangan mereka jika bersesuian dengan tugasan tersebut. Ianya bergantung kepada kesesuian dan kemahiran ahli asalkan ianya berkesan.

              4 Amalkan menjadi pendengar aktif (active listener)
  • Sebagai fasilitator, anda perlu menjadi pendengar aktif iaitu mengamati dan cuba untuk memahami setiap perkara yang ingin diketengahkan oleh ahli tanpa prejudis
  • Tiada idea bodoh dalam sesebuah mesyuarat, oleh itu dapatkan maklumbalas dari mereka untuk penjelasan lanjut
  • Dapatkan kepastian tentang sesuatu isu yang meragukan dengan fakta-fakta yang tepat, jelas

         5.  Penggulungan mesyuarat yang berkesan
  •      Di akhir mesyuarat, sediakan ringkasan nota mesyuarat supaya ahli memahami dan kekal   fokus tentang agenda mesyuarat
  •      Sediakan minit mesyuarat selepas tamat sesi tersebut dan merangkumkan hasil input   perjumpaan itu.
  •      Ucapan terakhir yang menarik minat ahli atau peserta supaya membantu menjayakan  matlamat mesyuarat.


Sekian, moga bermanfaat





MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...