LRT Dang Wangi KJ12 - lokasi
LRT Dang Wangi terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur berhampiran segitiga emas. Siap beroperasi pada tahun 1999, LRT Dang Wangi menghubungkan kawasan sibuk sekitar Jalan Raja Abdullah, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang serta Dang Wangi.
Persekitarannya amat hampir dengan hotel-hotel 5 star dan hotel-hotel biasa yang lain.Selain itu, LRT Dang Wangi mempunyai 2 entrance iaitu menghala ke Jalan Ampang dan Jalan Raja Abdullah
Dang Wangi main entrance - A
|
LRT Dang Wangi - Entrance dari Jalan Ampang |
Laluan ke KL Monorel Bukit Nanas sebagai stesen sambungan, stesen berhampiran Menara Kuala Lumpur sebagai stesen sambungan |
Laluan ke KL Monorel Bukit Nanas |
Laluan ini juga kelihatan sibuk disebabkan banyak pejabat-pejabat di kawasan sekitar
|
Jejantas ke KL Monorel Bukit Nanas |
Selain hotel yan banyak, terdapat bank-bank besar seperti Bank Islam di Wisma RKT, SME Bank dan Universiti terkenal iaitu Unikl. Tidak kurang penting pejabat DBKL berhampiran UniKL
Laluan turun dan naik ke platform, iaitu concourse level.
LRT Dang Wangi - stesen bawah tanah
|
Entrance ke Jalan Ampang |
Destinasi pilhan lain di entrance A ialah;- Menara Safuwan
- Hotel Renaissance KL
- Menara Kuala Lumpur
- Jalan Dang Wangi
- Sunway Tower
- Jalan Sultan Ismail dan lain-lain
|
Universiti Kuala Lumpur |
Entrance - B Jalan Raja Abdullah
Laluan ini agak sibuk semasa waktu puncak kerana terdapat banyak pejabat-pejabat di sini dan pelajar-pelajar UniKL juga ramai yang turun dan naik dari stesen Dang Wangi
|
Entrance ke Jalan Raja Abdullah |
Entrance Raja Abdullah juga mempunyai tempat-tempat penting seperti:
- UniKL
- Wisma RKT
- SME Bank HQ
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bandar Wawasan
- Jalan Raja Abdullah
- Hotel-hotel seperti Sheraton
- Lulu Hypermarket
- Jakel Mall
|
Entrance B Jalan Raja Abdullah (Wisma RKT) |
KAWASAN CONCOURSE
Terdapat mesin layan diri (TVM) dan kemudahan tambah nilai TnGo serta kaunter khidmat pelanggan di sini, iaitu concourse
|
Menara Kuala Lumpur di Bukit Nanas. |
|
Kawasan concourse
|
Untuk anda ke platform,terdapat auto gate di sini yang memerlukan anda mempunyai token atau TnGO sebelum sampai di platform untuk menunggu LRT
PLATFORM
Tiba di platform anda perlu anda pilih destinasi yang betul walaupun hanya ada 2 platform sahaja iaitu 1 dan 2. Platform 1 menghala ke Gombak dan platform 2 ke Putra Heights. Jika anda nak ke LRT KLCC sila naik LRT di platform 1 (lihat signage yang banyak di sana-sini, sangat membantu jika anda tersilap)
|
Platform LRT Dang Wangi
|
Selain hotel-hotel terkemuka terdapat banyak gerai-gerai makanan dan restoran yang terkenal seperti Syed Bistro, Sup Hj Abu Jalan Doraisamy dan Komplek Wilayah