Garisan merah panduan penjarakan sosial |
Arahan kerajaan sejak 18 Mac lepas dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 dalam negara itu bukan sahaja mengubah rutin harian semua pihak, malah buat kali pertama, kebiasaan sambutan Hari Raya turut bertukar sepenuhnya apabila budaya balik kampung mahupun jamuan rumah terbuka terpaksa dilupakan tahun ini.
Apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh PKPB dilanjutkan, selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun depan, ini menyebabkan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidulfitri tahun 2020 tidak dibenarkan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB bermula 4 hingga 12 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka secara terkawal dan mengenakan syarat ketat dalam perlaksanaannya. Ini memberikan cabaran kepada semua pihak terutama pengendali pengankutan awam yang secara umumnya telah beroperasi sepenuhnya.
RapidKL Sdn Bhd sebagai operator rel dan bas terbesar di Lembah Klang telah menyediakan SOP yang munasabah untuk memastikan para pengguna berasa selamat semasa menggunakan perkhidmatan mereka dengan menghadkan jumlah penumpang yang masuk ke dalam tren (limited passengers on board train)
Sumber: fb RapidKL (https://www.facebook.com/myrapid/)
Antara SOP dan langkah-langkah yang diperkenalkan:
Jarak penumpang 1 meter di dalam tren dan stesen. Pengguna perlu bijak dan mesti displin atau mengamalkan KENDIRI mengikut nasihat Menteri Kanan, Dato' Seri Ismail Sabri betapa KENDIRI PENTING untuk menjamin covid 19 tidak menular lagi.
Waktu puncak dilanjutkan dari jam 7 sehingga 11 pagi (9 pagi sebelum ini) dan 4 petang hingga 7 malam (5 hingga 7 malam sebelum ini)
Pemeriksaan suhu di pintu masuk (gates). Penumpang yang melebihi 37.5 (darjah celcius) tidak dibenarkan masuk
Pemakaian face mask adalah wajib untuk melindungi pengguna. Jadi kepada pengguna, perlu hadapi norma baru atau new norm dalam kehidupan seharian. Jika beratur panjang untuk keselamatan, apalah harga jika dibandingkan dengan nyawa kalian.
No comments:
Post a Comment