Monday, January 4, 2021

Rayuan Haji Melalui Aplikasi THi Jari

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2020 - Para pendeposit TH yang ingin membuat rayuan haji kini boleh menggunakan aplikasi THiJARI. Rayuan haji untuk tahun 1442H/2021M dibuka bermula hari ini 22 Disember 2020 sehingga 13 Februari 2021.

YB Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata semasa merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37, kemudahan terbaharu ini dibina bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat rayuan ke pejabat-pejabat TH seperti tahun-tahun yang lalu, lebih-lebih lagi masyarakat kini terkesan dengan penularan wabak Covid-19.



Selain daripada rayuan haji, bakal haji boleh menyemak pendaftaran haji, status rayuan haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai perkhidmatan lain seperti urusan simpanan dan pengeluaran melalui aplikasi THiJARI.


RUJUK PANDUAN : CARA MUDAH BUAT RAYUAN HAJI

BACA JUGA :


Tip Berkesan Dalam Pengurusan Kewangan Semasa Covid 19 di Malaysia

Klang Valley Journey Planner

No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...