Sunday, March 14, 2021

KTM Beri 10% Diskaun April ini

Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dapat menikmati potongan diskaun RM10 bagi setiap tiket di bawah kempen promosi Cuti-Cuti Malaysia bermula April ini.


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata kempen dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu akan berlangsung selama tiga bulan hingga 30 Jun ini.

“Selaras pelancaran kempen ini, KTMB juga ingin memaklumkan jualan tiket bagi perkhidmatan ETS untuk perjalanan 1 April hingga 30 Sept 2021 akan dibuka mulai esok 15 Mac, dengan sebanyak 24 perkhidmatan ETS disediakan menggunakan jadual waktu sedia ada.


“Jualan tiket ini dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal untuk bercuti di dalam negeri tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan,” demikian menurut kenyataan KTMB hari ini.


Kaunter ETS di KL Sentral



Bagaimanapun diskaun berkenaan hanya boleh dinikmati pengguna yang membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB.

Langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan susulan COVID-19, kata KTMB.

Menurut kenyataan itu, promosi diskaun di bawah kempen berkenaan akan diperluas untuk merangkumi perkhidmatan KTM Antarabandar dalam masa terdekat.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...