Wednesday, June 22, 2022

RTS kurangkan 35 peratus kesesakan di Tambak Johor

 

JOHOR BAHRU: Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands di Singapura dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor sehingga 35 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Projek Transit Aliran Massa Sdn. Bhd. (MRT), Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, pelaksanaan projek RTS itu kini mengikut jadual dan dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2027.

Menurut beliau, urusan pengambilan tanah di Wadihana untuk pelaksanaan projek berkenaan sudah diselesaikan Disember tahun lalu di mana tahap kemajuan projek ketika ini adalah 15 peratus.

“Apabila projek ini siap dan beroperasi sepenuhnya, ia akan digunakan seramai 350,000 pengunjung setiap hari dan mampu mengurangkan sehingga 35 peratus kesesakan jalan raya di sempadan Malaysia – Singapura ini.

10,000 PENUMPANG

“RTS ini mampu menampung sehingga seramai 10,000 penumpang setiap jam melalui stesen di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands di Singapura,” katanya.


Foto - MRTC web

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan sekumpulan penuntut dari Wharton School, University of Pennsylvania ke projek RTS di Skyscape, Menara JLand, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zarif, pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan juga Kementerian Kesihatan untuk memastikan perjalanannya lancar.

“Penumpang perkhidmatan ini dijangka hanya perlu menunggu selama 15 minit untuk setiap perjalanan yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Buat masa ini, kita masih belum membuat keputusan berhubung harga tambang perkhidmatan yang akan dikenakan namun ianya dijangka tidak membebankan kerana projek ini merupakan satu bentuk pengangkutan awam,” ujarnya.

Mohd. Zarif memaklumkan, RTS akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor ekonomi negara khususnya Johor Bahru dalam membantu pembangunan dan pertumbuhan bandar raya ini.

“Antara sektor yang akan menerima manfaat secara langsung termasuklah kesihatan, pengajian tinggi dan juga perkhidmatan.

“MRT Corp juga sedang menjalankan satu kajian berhubung sistem penyuraian trafik di kawasan pusat bandar raya Johor Bahru dan akan menyerahkan hasilnya kepada kerajaan dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk pertimbangan,” jelasnya. – UTUSAN


Info berkaitan;

RTS - New Railway Link Malaysia - Singapore

MRT Kwasa Damansara - Putrajaya Line Interchange

LRT Kelana Jaya Line

Kltransit Blogspot.com - more railways stories

Monday, June 20, 2022

RapidKL: Pengguna My50 Tidak Perlu Bimbang Pembelian Semasa Tambang Percuma Sebulan

 

Pengguna My50 tidak perlu risau jika telah melanggan produk tersebut semasa 'free ride' ( tambang percuma ) mulai 16 Jun 2022 tempoh hari. Mereka masih boleh menebus kembali produk tersebut selepas tamat tempoh. Pihak RapidKL memberi jaminan akan memberi bantuan berdasarkan info melalui sosial media mereka. 

Info grafik telah dihuraikan untuk memudahkan pelanggan menebus kembali konsep tambang percuma di kaunter- kaunter LRT, MRT, Monorel dan hab bas.

Pembelian 17 Jun ke 15 Julai 2022






Info grafik untuk pembelian pada 16 June 2022


Related post:

More railway news - KLTRANSIT WORDPRESS.COM

Monday, June 13, 2022

MRT Putrajaya Line Phase 1 starts operation on 16th June 2022

 

MRT Corporation (MRTC) in a statement are confident that phase 1 of Putrajaya Line shall be opening on 16th June 2022.


MRT Putrajaya Line's train


After postponed its opening last year, MRT Putrajaya Line phase 1 from Sungai Buloh (formerly under MRT Kajang Line) to MRT Kampung Batu confirm by FMT report, ready for public at 3pm on 16th June 2022. This opening shall ease users difficulties during migration period 3 stations were closed to public. However, shuttle bus are provided to cater passengers from Sungai Buloh, to Kwasa Sentral while Kampung Selamat, Kwasa Damansara and Sungai Buloh are closed for public.

For easy and seamless journey, you may click PULSE's information


MRT Putrajaya Line Route Map - MRT Corp


There are 12 stations in total ( 3 existing stations now is under Putrajaya Line ) are:

  1. Kwasa Damansara
  2. Kampung Selamat
  3. Sungai Buloh
  4. Damansara Damai
  5. Sri Damansara Barat
  6. Sri Damansara Sentral
  7. Sri Damansara Timur
  8. Metro Prima
  9. Kepong Baru
  10. Jinjang
  11. Sri Delima
  12. Kampung Batu
Related post;



PULSE - Prasarana Journey for seamless journey

The new line shall be served by 20 set of new 4 coach trains and its driverless automatic system similar to MRT Kajang Line and LRT Kelana Jaya Line. Meanwhile phase 2 of MRT Putrajaya Line is expected to begin its operation in January 2023. Due to pandemic both phase are scheduled delays from initial target date.

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...