Tuesday, December 22, 2020

LRT Dang Wangi KJ12 ke Monorel Bukit Nanas - Rapid Rail Sdn Bhd Best Public Transportation in Malaysia


LRT Dang Wangi KJ12 - lokasi

LRT Dang Wangi terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur berhampiran segitiga emas. Siap beroperasi pada tahun 1999, LRT Dang Wangi menghubungkan kawasan sibuk sekitar Jalan Raja Abdullah, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang serta Dang Wangi.

Persekitarannya amat hampir dengan hotel-hotel 5 star dan hotel-hotel biasa yang lain.Selain itu, LRT Dang Wangi mempunyai 2 entrance iaitu menghala ke Jalan Ampang dan Jalan Raja Abdullah

Dang Wangi main entrance - A

KLTRANSIT BLOGSPOT
LRT Dang Wangi - Entrance dari Jalan Ampang

Laluan ke KL Monorel Bukit Nanas sebagai stesen sambungan, stesen berhampiran Menara Kuala Lumpur sebagai stesen sambungan

KLTRANSIT BLOGSPOT
Laluan ke KL Monorel Bukit Nanas

Laluan ini juga kelihatan sibuk disebabkan banyak pejabat-pejabat di kawasan sekitar

KLTRANSIT BLOGSPOT
Jejantas ke KL Monorel Bukit Nanas

Selain hotel yan banyak, terdapat bank-bank besar seperti Bank Islam di Wisma RKT, SME Bank dan Universiti terkenal iaitu Unikl. Tidak kurang penting pejabat DBKL berhampiran UniKL

Laluan turun dan naik ke platform, iaitu concourse level.

LRT Dang Wangi - stesen bawah tanah 


KLTRANSIT BLOGSPOT
Entrance ke Jalan Ampang

Destinasi pilhan lain di entrance A ialah;
  1. Menara Safuwan
  2. Hotel Renaissance KL
  3. Menara Kuala Lumpur
  4. Jalan Dang Wangi
  5. Sunway Tower
  6. Jalan Sultan Ismail dan lain-lain

Universiti Kuala Lumpur


Entrance  - B Jalan Raja Abdullah

Laluan ini agak sibuk semasa waktu puncak kerana terdapat banyak pejabat-pejabat di sini dan pelajar-pelajar UniKL juga ramai yang turun dan naik dari stesen Dang Wangi

KLTRANSIT BLOGSPOT
Entrance ke Jalan Raja Abdullah

Entrance Raja Abdullah juga mempunyai tempat-tempat penting seperti:

  1. UniKL
  2. Wisma RKT
  3. SME Bank HQ
  4. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bandar Wawasan
  5. Jalan Raja Abdullah
  6. Hotel-hotel seperti Sheraton
  7. Lulu Hypermarket
  8. Jakel Mall

KLTRANSIT BLOGSPOT
Entrance B Jalan Raja Abdullah (Wisma RKT)

KAWASAN CONCOURSE

Terdapat mesin layan diri (TVM) dan kemudahan tambah nilai TnGo serta kaunter khidmat pelanggan di sini, iaitu concourse


Menara Kuala Lumpur di Bukit Nanas.

kltransit blog spot
Kawasan concourse 

Untuk anda ke platform,terdapat auto gate di sini yang memerlukan anda mempunyai token atau TnGO sebelum sampai di platform untuk menunggu LRT

PLATFORM

Tiba di platform anda perlu anda pilih destinasi yang betul walaupun hanya ada 2 platform sahaja iaitu 1 dan 2. Platform 1 menghala ke Gombak dan platform 2 ke Putra Heights. Jika anda nak ke LRT KLCC sila naik LRT di platform 1 (lihat signage yang banyak di sana-sini, sangat membantu jika anda tersilap)

KLTRANSIT BLOGSPOT
Platform LRT Dang Wangi

Selain hotel-hotel terkemuka terdapat banyak gerai-gerai makanan dan restoran yang terkenal seperti Syed Bistro, Sup Hj Abu Jalan Doraisamy dan Komplek Wilayah

No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...