1. Mulakan dengan mengenalpasti 3 senarai
periksa (checklist)
- apakah yang berlegar di fikiran semua yang hadir (peserta)
- apakah perkara yang ingin anda capai dalam mesyuarat tersebut
- apakah satu perkataan terbaik yang boleh menggambarkan mood atau perasaan anda waktu itu.
Hanya beberapa minit diperlukan untuk Pengerusi / Fasilitator mempastikan para peserta fokus dengan matlamat mesyuarat dan menarik perhatian mereka.
2. Nyatakan harapan yang akan diperolehi hasil dan agenda dari mesyuarat tersebut
- Para peserta perlu dijelaskan secara ringkas matlamat mesyuarat secara objektif
- Agenda mesyuarat hendaklah diberitahu secara ringkas semasa notis memanggil mesyuarat diedarkan melalui e-mel dan sebagainya supaya mereka ‘align’ dengan matlamat syarikat
- Kenali semua ahli sebaik-baiknya untuk memudahkan komunikasi semasa mesyuarat dijalankan. Ini penting supaya percakapan anda tidak menyentuh sensitiviti ahli
3 Pembahagian tugas di kalangan peserta
- Sebagai fasilitator, anda berhak untuk melantik mereka yang sesuai sebagai pencatat minit mesyuarat
- Ada kalanya anda perlu melakukan ‘rotation’ di kalangan mereka jika bersesuian dengan tugasan tersebut. Ianya bergantung kepada kesesuian dan kemahiran ahli asalkan ianya berkesan.
- Ada kalanya anda perlu melakukan ‘rotation’ di kalangan mereka jika bersesuian dengan tugasan tersebut. Ianya bergantung kepada kesesuian dan kemahiran ahli asalkan ianya berkesan.
4 Amalkan menjadi pendengar aktif (active listener)
- Sebagai fasilitator, anda perlu menjadi pendengar aktif iaitu mengamati dan cuba untuk memahami setiap perkara yang ingin diketengahkan oleh ahli tanpa prejudis
- Tiada idea bodoh dalam sesebuah mesyuarat, oleh itu dapatkan maklumbalas dari mereka untuk penjelasan lanjut
- Dapatkan kepastian tentang sesuatu isu yang meragukan dengan fakta-fakta yang tepat, jelas
5. Penggulungan mesyuarat yang berkesan
- Di akhir mesyuarat, sediakan ringkasan nota mesyuarat supaya ahli memahami dan kekal fokus tentang agenda mesyuarat
- Sediakan minit mesyuarat selepas tamat sesi tersebut dan merangkumkan hasil input perjumpaan itu.
- Ucapan terakhir yang menarik minat ahli atau peserta supaya membantu menjayakan matlamat mesyuarat.
Sekian, moga bermanfaat
Very good info
ReplyDelete