Thursday, February 4, 2021

MMMSL : Prasarana Lapor ke SPRM, SSM Rugi Lebih RM470 juta




KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mendedahkan syarikat itu kerugian lebih RM450 juta dalam projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) di Arab Saudi.

Susulan itu, Prasarana akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beradasarkan kepada laporan audit dan forensik dalaman yang dijalankan.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerugian itu melibatkan perasi dan penyelenggaraan projek MMMSL dari 2015 hingga 2018.





“Prasarana tanggung kerugian daripada projek di Arab Saudi sebagai operator dan penyelenggara di Mekah 417 juta Riyal untuk 2019.

“Laporan awal audit projek ini sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Risiko Audit (ARC) yang kemudiannya mendapati ada masalah meruncing lain dan perlu kepada pemeriksaan lanjut sejurus kontrak tamat, pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya mengenai status projek operasi tren MMMSL, hari ini.

Menurut Tajuddin, kerugian itu didakwa dilakukan oleh Lembaga Pengarah Prasarana dan anak syarikatnya, Prasarana Integrated Management and Engineering Services Sdn Bhd (PRIME).

“Terdapat penglibatan pegawai Lembaga Pengarah Prasarana dan PRIME,” 
katanya


malaysiagazette.com; 4/2/2021


No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...