LRT Gombak (KJ1) merupakan stesen pertama di laluan Kelana Jaya di bawah Rapid Rail Sdn Bhd yang menghubungkan 36 stesen-stesen lain tidak termasuk dari laluan lain seperti Ampang/Sri Petaling/Putra Heights, MRT Kajang/Putrajaya, KL Monorel.
Terletak di daerah Gombak, berhampiran Taman Melati dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Batu Caves yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, LRT Gombak kekal menjadi stesen sibuk di Lembah Klang.
Platform LRT Gombak |
Dahulunya dinamakan Terminal Putra Gombak kemudian ditukar kepada LRT Gombak untuk mengelakkan kekeliruan disebabkan ada pihak lain yang juga menggunakan 'Putra'
LRT Gombak - Bas Terminal Dalam Pembinaan (Google) |
Menyediakan bangunan parkir untuk kemudahan para pengguna LRT, parkir bertingkat ini mampu untuk menampung keperluan pengguna dengan harga yang murah iaitu RM4.00 sehari untuk khas pengguna yang menaiki dan pulang menaiki LRT.
- 1260 - jumlah bay
- 24 - khas OKU
- 155 - khas untuk wanita
LRT Gombak Parkir Bertingkat |
Bersebelahan stesen LRT Gombak, sedang dalam proses pembinaan ialah Bas Terminal Gombak yang mula dibina pada tahun 2016. Terminal ini boleh menampung sejumlah 400 buah bas untuk penyambungan koridor pantai timur. Konsep ini adalah sama dengan Terminal Bas Selatan (TBS) yang beroperasi di Bandar Tasik Selatan (BTS)
Bas Terminal Gombak (BTG) dalam pembinaan |
Sedang rancak dalam pembinaan adalah Bas Terminal Gombak (BTG) yang hanya bersebelahan LRT Gombak ini yang dijangka menghubungkan bas ke pantai timur ke Lembah Klang.
Main entrance LRT Gombak - tempat menurunkan dan mengambil para penumpang.
KAWASAN CONCOURSE DAN MAIN ENTRANCE
Kaunter tiket bas ke Genting terletak bersebelahan 'main entrance' memberi kelebihan dan membantu meningkatan jumlah pengguna di stesen ini.
Kaunter bas ke Genting |
Kaunter Khidmat Pelanggan LRT Gombak |
Surau dan tandas |
- UIA / UIAM - terdapat bas pengantara (feeder) ke UIA
- Batu Caves
- Gua Damai Extreme Park