LRT Plaza Rakyat - MRT Merdeka - Apa yang menarik?
Stesen - stesen di bawah kendalian RapidKL Kuala Lumpur mempunyai banyak integrasi atau sambungan yang memudahkan pertukaran antara line. Antaranya LRT Plaza Rakyat aliran Ampang / Aliran Putra Heights / Sri Petalngyang menghubungkan ke stesen MRT Merdeka Aliran Kajang Line
LRT dan MRT masing-masing mempunyai kaunter dan 'gate' yang berbeza untuk memudahkan urusan. Walau bagaimanapun stesen interchange membenarkan anda menggunakan sistem LRT/MRT berbeza tanpa perlu keluar dari sistem ( tap out ). Antaranya seperti di LRT Masjid Jamek KJL/ Ampang Sri Petaling, LRT Maluri - MRT Maluri, MRL Titiwangsa - Laluan AG / SP
LRT Ampang / Putra Heights |
Bagaimana ke LRT Plaza Rakyat? / How to go to LRT Plaza Rakyat Click Moovit
Platform 2 LRT Plaza Rakyat SP8
Kaunter Khidmat Pelanggan LRT Plaza Rakyat |
Antara khidmat yang anda boleh berurusan ialah tambah nilai TnGo, My30, token perjalanan sehala untuk warga emas dan OKU, tukaran wang untuk membeli token di mesin layan diri (TVM) dan pertanyaan lain.
Di 'concourse' LRT Plaza Rakyat anda akan melihat laluan khas untuk ke MRT Merdeka. Bagi anda yang nak ke MRT Kajang atau Sungai Buloh, teruskan perjalanan, senang je, tak kena hujan semua dalam bangunan.
Laluan khas sistem interchange MRT Merdeka ke LRT Plaza Rakyat
Mercu tanda popular MRT Merdeka
Sementara dari MRT Merdeka pula, anda akan melihat signage ke LRT Plaza Rakyat. Jarak perjalanan ke MRT Merdeka ..boleh tahan juga...exercise sikit macam orang Jepun..
Laluan dari MRT Merdeka ke LRT Plaza Rakyat |
Jika anda masuk dari stesen MRT anda boleh rujuk 'thermo signage' yang disediakan untuk mengelak dari keliru. Platform 1 menghala ke Sentul Timur dan Platform 2 menghala ke aliran Ampang / Putra Heights seperti di bawah:
'Thermo Signage' ke P1 /P 2 |
Platform 1 akan membawa anda ke Masjid Jamek serta stesen-stesen lain seperti Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC dan Sentul, erta Sentul Timur. Sementara platform 2 menghala ke 2 destinasi berlainan iaitu Ampang dan Putra Height. Jadi sila pastikan anda melihat signage sebelum memilih platform dan elektronik display yang tertera di platform.
Jadi banyak stesen lain yang mengubungkan antara satu sama lain.
Selain itu, berhampiran stesen MRT Merdeka ini juga terdapat hotel-hotel pelbagai star dan tempat-tempat menarik:
Disebabkan itu ianya menjadi one of the best transportation in KL City.
Info Berkaitan
No comments:
Post a Comment