Selain stesen LRT Masjid Jamek, Dang Wangi, KL Sentral, Plaza Rakyat, LRT Maluri, LRT Abdullah Hukum, LRT Subang Jaya, MRT Kajang, MRT Sungai Buloh yang menghubungkan pelbagai aliran, LRT Pasar Seni juga tidak kurang penting sebagai stesen yang amat sibuk pada mulanya menghubungkan hanya stesen MRT Pasar Seni, kini menambah pilihan pengguna dengan penyambungan ke stesen KTM Kuala Lumpur.
Lokasi LRT Pasar Seni KJ14, klik (Google map)
Jambatan ke Pos Malaysia, Dayabumi sambungan ke LRT |
LRT Pasar Seni telah beroperasi sejak 1998, iaitu permulaan seksyen 1 di bawah pengurusan Prasarana, melalui anak syarikatnya Rapid Rail Sdn Bhd
LRT menuju ke terowong - LRT Masjid Jamek |
Berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan, LRT Pasar Seni ini menghubungkan Central Market, susur Sungai Kelang, sekitar Masjid Jamek Bandaraya KL dan Petaling Street, Pos Malaysia dan Dayabumi.
Petaling Street |
Laluan popular dari para pelancong dan tempatan ialah dari hub bas stesen Pasar Seni yang terletak di bawah stesen LRT, sekaligus memudahkan pertukaran antara bas, LRT, MRT dan KTM.
Hab Bas Pasar Seni |
Hab bas yang menghubungkan pelbagai laluan telah lama bertapak di bawah stesen LRT
Ruang Menunggu Hab Bas Pasar Seni (lokasi di bawah stesen LRT) |
Berhampiran hub bas ini, terdapat 2 pintu masuk ke MRT Pasar Seni iaitu Pintu A dan Pintu B
Menara The Exchange 106 Dalam Pembinaan |
Menara The Exchange 106 yang sedang dalam pembinaan juga kelihatan dari kawasan sekitar MRT dan LRT
Kaunter Khas Kad Konsesi RapidKL di Pasar Seni |
Di concourse, LRT terdapat kaunter khidmat pelanggan untuk urusan pembelian My30, tambah nilai TnGo (mengikut masa operasi tertentu) dan sebagainya.
Sebuah jambatan yang merentasi Sungai Kelang telah siap dibina pada tahun 2019
Terdapat beberapa buah token vending machnie dah walkalator serta auto gate untuk kemudahan pengguna.
Jambatan ini yang menghubungkan LRT dan KTM Kuala Lumpur dan terdapat kaunter KTM juga di sebelahnya
Kaunter KTM Kuala Lumpur |
Walaupun LRT tidak mempunyai kaunter khidmat pelanggan di atas jambatan ini (terdapat beberapa buah ticket vending machine yang disediakan), ianya tetap penting untuk jangka masa panjang ďan tidak hanya dilihat dari jumlah penumpang yang menggunakan laluan ke KTM tersebut.
Para pengguna mempunyai pilihan pertukaran selain Abdullah Hukum, Subang Jaya dan terminal udara KL Sentral. Laluan tersebut adalah lambang kepada sistem integrasi rel yang mesra pelanggan.
Pertambahan ridership sejak pembukaan MRT SBK pada tahun 2016, telah menyaksikan LRT dan MRT Pasar Seni menjadi semakin sibuk.
Jambatan MRT Pasar Seni |
Laluan ke MRT dan LRT
Laluan sibuk atau jambatan yang mengubungkan LRT dan MRT Pasar Seni. Pilihan laluan ke MRT Kajang atau Sg Buloh terdapat di platform 2 atau 1 di stesen MRT bawah tanah (underground)
Laluan masuk dari MRT ke LRT Pasar Seni |
Di platform LRT Pasar Seni, anda mempunyai pilihan seterusnya ke KL Sentral, KLCC, Bangsar, Wangsa Maju, Gombak, Putra Height interchange (Awan Besar, Puchong, Prima, Kinrara dan sebagainya)
LRT Pasar Seni view from on the track from LRT KL Sentral is beauty, click to view
Platform LRT Pasar Seni KJ14 |
Pemandangan trek dari LRT KL Sentral |
Stesen ini tetap penting kepada pengguna setia rel dan bas tambahan terdapat hab bas Pasar Seni di bawah stesen ini.
Bagaimana ke LRT Pasar Seni KJ14, klik
Tidak menghairankan stesen ini sentiasa sibuk disebabkan peranannya sebagai one of best transportation in KL City berdasrkan contoh integrasi yang sangat baik dan lengkap serta teratur
Moga bermanfaat.
BACA JUGA :
No comments:
Post a Comment