Wednesday, July 18, 2018

LRT automatik di Malaysia (CBTC)


Perkembangan LRT, MRT dan tren berkelajuan tinggi secara amnya telah meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi, sosial dan kemajuan teknologi. Antara sebab pengguna memilih LRT dan tren sebagai pengangkutan utama adalah:

  1. Lokasi stesen yang sesuai dan berintegrasi dengan laluan tren yang lain. Contohnya KL Sentral, Masjid Jamek, BandaTasik Selatan dan bandar-bandar di dunia yang lain. Sistem berintegrasi antara tren ini dapat dilihat di Tokyo, Shinjuku yang terkenal dengan kepadatan penduduk dan pengguna yang tinggi
  2. Ketepatan masa yang boleh diharapkan (train availability) yang teratur walau pun terdapat sedikit kelewatan, ianya masih boleh dibanggakan. Pengguna boleh merancang jadual perjalanan dan sampai ke destinasi dalam masa yang dijangka (expected time arrival -ETA)
  3. Kemudahan yang terdapat di stesen adalah baik. Terdapat tandas, lift, eskalator, kedai-kedai yang berdekatan di stesen. Kebelakangan ini operator-operator LRT,MRT telah menyediakan pelbagai kemudahan di dalam stesen mahu pun stesen berdekatan dalam jarak yang tidak terlalu jauh.
  4. Kadar tambang yang berpatutan (walaupun terdapat rungutan dari parti-parti politik) yang mendakwa tambang LRT adalah mahal. Para pengkritik mungkin benar tetapi tidak semua yang mengetahui kos penyengaraan adalah tinggi terutama sistem tren yang berfungsi secara automatik sepenuhnya (Automatic Train Control - ATC)

Terdapat beberapa negara sahaja yang menggunakan sistem LRT secara ATC. Contoh terbaik ialah Malaysia yang menggunakan LRT yang dibuat oleh syarikat Bombardier Kanada. Sudah tentu kos pembelian dan penyengaraannya tinggi. Kebanyakan metro di dunia beroperasi secara manual begitu juga LRT di bandar-bandar yang lain.
Untuk kefahaman yang lebih jelas sila rujuk kepada link di bawah

https://www.bombardier.com/en/transportation/products-services/rail-control-solutions/cbtc.html




Gambar di atas adalah contoh tren buatan Kanada iaitu KLAV INNOVIA 300 yang beroperasi tanpa pemandu dan 'computerized' sepenuhnya.


Kltransit blogspot.com - foto



Nota:
KLAV - Kuala Lumpur Additional Vehicle


No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...