Thursday, December 24, 2020

LRT Gombak KJ 1 - Laluan Kelana Jaya Yang Menghubungkan Kawasan Timur Lembah Klang

LRT Gombak (KJ1) merupakan stesen pertama di laluan Kelana Jaya di bawah Rapid Rail Sdn Bhd yang menghubungkan 36 stesen-stesen lain tidak termasuk dari laluan lain seperti Ampang/Sri Petaling/Putra Heights, MRT Kajang/Putrajaya, KL Monorel. 

Terletak di daerah Gombak, berhampiran Taman Melati dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Batu Caves yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, LRT Gombak kekal menjadi stesen sibuk di Lembah Klang.


Platform LRT Gombak

Dahulunya dinamakan Terminal Putra Gombak kemudian ditukar kepada LRT Gombak untuk mengelakkan kekeliruan disebabkan ada pihak lain yang juga menggunakan 'Putra'

KLTRANIST BLOGSPOT
LRT Gombak - Bas Terminal Dalam Pembinaan (Google)

Menyediakan bangunan parkir untuk kemudahan para pengguna LRT, parkir bertingkat ini mampu untuk menampung keperluan pengguna dengan harga yang murah iaitu RM4.00 sehari untuk khas pengguna yang menaiki dan pulang menaiki LRT.

      • 1260 - jumlah bay

      • 24 - khas OKU

      • 155 - khas untuk wanita

 

LRT Gombak Parkir Bertingkat

Bersebelahan stesen LRT Gombak, sedang dalam proses pembinaan ialah Bas Terminal Gombak yang mula dibina pada tahun 2016. Terminal ini boleh menampung sejumlah 400 buah bas untuk penyambungan koridor pantai timur. Konsep ini adalah sama dengan Terminal Bas Selatan (TBS) yang beroperasi di Bandar Tasik Selatan (BTS)

KLTRANSIT BLOGSPOT
Bas Terminal Gombak (BTG) dalam pembinaan

Sedang rancak dalam pembinaan adalah Bas Terminal Gombak (BTG)  yang hanya bersebelahan LRT Gombak ini yang dijangka menghubungkan bas ke pantai timur ke Lembah Klang.

Video YouTube dari pemandangan trek untuk rujukan


Main entrance LRT Gombak - tempat menurunkan dan mengambil para penumpang.


KAWASAN CONCOURSE  DAN MAIN ENTRANCE

Kaunter tiket bas ke Genting terletak bersebelahan 'main entrance' memberi kelebihan dan membantu meningkatan jumlah pengguna di stesen ini.

KLTARNSIT BLOGSPOT
Kaunter bas ke Genting

BACA JUGA : JOURNEY PLANNER PRASARANA P U L S E

KLTRANSIT BLOGSPOT
Kaunter Khidmat Pelanggan LRT Gombak

Seperti di lain-lain stesen LRT, terdapat kemudahan seperti surau, tandas sebagai keperluan asas pengguna serta penambahan TnGo, My30 dan jualan token di vending machine, gates dan lain-lain

Surau dan tandas

BACA JUGA : LRT KL SENTRAL

 
 


PLATFORM

Platform 1 dan 2 digunakan untuk menghala ke Putra Heights bergantung kepada masa. Kebanyakan tran akan sampai di platform 2 dan platform 1 digunakan jika ada tren yang bermasalah untuk dikeluarkan dari servis atau untuk pengurangan tren di luar waktu puncak.



KAWASAN BERDEKATAN YANG POPULAR
  1. UIA / UIAM - terdapat bas pengantara (feeder) ke UIA
  2. Batu Caves
  3. Gua Damai Extreme Park





No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...