Saturday, December 19, 2020

I - Sinar Online - Cara Mohon




1. PENGENALAN BERKAITAN I - SINAR

Belanjawan 2021 telah dibuat dan kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas sejak wabak Covid 19 melanda negara ini. Bagi ahli KWSP, program i-Sinar diperkenalkan bagi pengeluaran duit dari Akaun 1.

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah diberi kemudahan bagi inisiatif i-Lestari dengan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF sebanyak RM500.00 sebulan bagi membantu meringankan beban kewangan setelah negara kita dilanda wabak Covid-19. Baru-baru ini, sewaktu Belanjawan 2021, kerajaan telah membuat pengumuman bagi membantu ahli KWSP yang terjejas dengan memperkenalkan program i-Sinar.

Itu pun selepas ramai yang membuat luahan di media sosial meminta kerajaan tidak mengenakan syarat terlalu ketat

Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum bakal menerima manfaat.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Katanya, golongan terjejas boleh membuat permohonan melalui dalam talian atau ke pejabat KWSP terdekat. Anda perlu mengemukan bukti jelas bahawa anda adalah golongan yang terjejas

Berdasarkan makluman terkini yang diumumkan pada 26 November, Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan tidak kira bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan yang dikurangkan. Pengumuman ini dibuat berdasarkan luahan rakyat di media sosial dan apa yang menggembirakan lagi, mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor.

Berdasarkan pengumuman ini, seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka yang dinaikkan dari had maksima sebelum ini iaitu bermula dari RM 6,000 sehingga RM 9,000 dan yang paling terbaru sehingga RM10,000.

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.


Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:


1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:
Tiada dokumen sokongan diperlukan;
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.


Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Sila klik link di bawah untuk proses permohonan

https://isinar.kwsp.gov.my/

Thursday, December 17, 2020

PULSE Prasarana Journey Planner KL City - Perancang Perjalanan Kumpulan Prasarana

PRASARANA JOURNEY PLANNER IN KUALA LUMPUR CITY LAUNCHED /  PERANCANG PERJALANAN PRASARANA DI BANDAR KUALA LUMPUR DILANCARKAN

Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah melancarkan satu aplikasi perancang perjalanan buat penumpangnya yang dikenali sebagai PULSE.

Sample for android user




Sample for Apple user

For Apple user, click PULSE and for android user please click PULSE

PULSE atau Planning Your Lifestyle Efficiently menurut Pengerusinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman merupakan aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Lembah Klang.

https://www.myrapid.com.my/pulse-journey-planner

LIHAT JUGA INFO BERKAITAN TERDAHULU : JOURNEY PLANNER 

Klik laman web Moovit juga untuk lebih pilihan perancang perjalanan anda

Aplikasi PULSE turut menampilkan ciri-ciri berikut: 

  1. Masa Ketibaan (Arrival Time) – Jangkaan Masa Ketibaan atau ‘Estimated Time of Arrival’ (ETA) untuk bas dan tren berdasarkan kepada data masa benar atau ‘real-time’ daripada Rapid Bus dan Rapid Rail;
  2. Kiraan Tambang (Fare Calculator) – Mempamerkan tambang untuk perjalanan yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL;
  3. Status Perkhidmatan (Service Status) – Mempamerkan status perkhidmatan tren untuk hari berkenaan; 
  4. Notifikasi ‘App Push’ (App Push Notification) – Membolehkan ‘admin’ untuk menghantar mesej mengenai perubahan dalam perkhidmatan secara terus ke telefon pengguna pada bila-bila masa;
  5. Maklumat Dekat Saya (Near Me) – Membolehkan pengguna untuk melihat stesen-stesen terdekat dan tempat-tempat menarik atau ‘points of interest’;
  6. Hubungi Kami (Contact Us) – Membolehkan pengguna untuk menyalurkan maklumat kepada  Rapid KL.

Moga bermanfaat

BACA JUGA

LRT GOMBAK KJ01

LRT TAMAN MELATI KJ 02

LRT WANGSA MAJU KJ03

Wednesday, December 16, 2020

LRT Pasar Seni KJ14 Integrasi MRT Pasar Seni and KTM Stesen KL


Selain stesen LRT Masjid Jamek, Dang Wangi,  KL Sentral,  Plaza Rakyat, LRT Maluri, LRT Abdullah Hukum, LRT Subang Jaya, MRT Kajang, MRT Sungai Buloh yang menghubungkan pelbagai aliran, LRT Pasar Seni juga tidak kurang penting sebagai stesen yang amat sibuk pada mulanya menghubungkan hanya stesen MRT Pasar Seni, kini menambah pilihan pengguna dengan penyambungan ke stesen KTM Kuala Lumpur


Pintu Masuk ke LRT Pasar Seni KJ14 
                                       


Lokasi LRT Pasar Seni KJ14, klik  (Google map)



Jambatan ke Pos Malaysia, Dayabumi sambungan ke LRT


LRT Pasar Seni telah beroperasi sejak 1998, iaitu permulaan seksyen 1 di bawah pengurusan Prasarana, melalui anak syarikatnya Rapid Rail Sdn Bhd


LRT menuju ke terowong - LRT Masjid Jamek


Berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan, LRT Pasar Seni ini menghubungkan Central Market, susur Sungai Kelang, sekitar Masjid Jamek Bandaraya KL dan Petaling Street, Pos Malaysia dan Dayabumi.

Petaling Street

Laluan popular dari para pelancong dan tempatan ialah dari hub bas stesen Pasar Seni yang terletak di bawah stesen LRT, sekaligus memudahkan pertukaran antara bas, LRT, MRT dan KTM.

kltransitblogspot
Hab Bas Pasar Seni

Hab bas yang menghubungkan pelbagai laluan telah lama bertapak di bawah stesen LRT



Ruang Menunggu Hab Bas Pasar Seni (lokasi di bawah stesen LRT)

Berhampiran hub bas ini, terdapat 2 pintu masuk ke MRT Pasar Seni iaitu Pintu A dan Pintu B
Pintu A MRT Pasar Seni




Menara The Exchange 106 Dalam Pembinaan

Menara The Exchange 106 yang sedang dalam pembinaan juga kelihatan dari kawasan sekitar MRT dan LRT

Terdapat ruang menunggu di platform ini yang bersaiz besar dan yang paling penting terdapat kaunter khas RapidKL untuk kemudahan pas warga emas, pelajar dan OKU

KLTRANSITBLOGSPOT
Kaunter Khas Kad Konsesi RapidKL di Pasar Seni

Di concourse, LRT terdapat kaunter khidmat pelanggan untuk urusan pembelian My30, tambah nilai TnGo (mengikut masa operasi tertentu) dan sebagainya.

Kaunter LRT Pasar Seni


Sebuah jambatan yang merentasi Sungai Kelang telah siap dibina pada tahun 2019
Terdapat beberapa buah token vending machnie dah walkalator serta auto gate untuk kemudahan pengguna.

kltransitblogspot

Jambatan ini yang menghubungkan LRT dan KTM Kuala Lumpur dan terdapat kaunter KTM juga di sebelahnya

KLTRANSIT BLOGSPOT
Kaunter KTM Kuala Lumpur


Walaupun LRT tidak mempunyai kaunter khidmat pelanggan di atas jambatan ini (terdapat beberapa buah ticket vending machine yang disediakan), ianya tetap penting untuk jangka masa panjang ďan tidak hanya dilihat dari jumlah penumpang yang menggunakan laluan ke KTM tersebut.
 
Para pengguna mempunyai pilihan pertukaran selain Abdullah Hukum, Subang Jaya dan terminal udara KL Sentral. Laluan tersebut adalah lambang kepada sistem integrasi rel yang mesra pelanggan.

Pertambahan ridership sejak pembukaan MRT SBK pada tahun 2016,  telah menyaksikan LRT dan MRT Pasar Seni menjadi semakin sibuk.

Jambatan MRT Pasar Seni 

Laluan ke MRT dan LRT 


Laluan sibuk atau jambatan yang mengubungkan LRT dan MRT Pasar Seni. Pilihan laluan ke MRT Kajang atau Sg Buloh terdapat di platform 2 atau 1 di stesen MRT bawah tanah (underground)



Laluan masuk dari MRT ke LRT Pasar Seni


Di platform LRT Pasar Seni, anda mempunyai pilihan seterusnya ke KL Sentral, KLCC, Bangsar, Wangsa Maju, Gombak, Putra Height interchange (Awan Besar, Puchong, Prima, Kinrara dan sebagainya)




LRT Pasar Seni view from on the track from LRT KL Sentral is beauty, click to view



Platform LRT Pasar Seni KJ14




Pemandangan trek dari LRT KL Sentral



Stesen ini tetap penting kepada pengguna setia rel dan bas tambahan terdapat hab bas Pasar Seni di bawah stesen ini.

Bagaimana ke LRT Pasar Seni KJ14, klik


Tidak menghairankan stesen ini sentiasa sibuk disebabkan peranannya sebagai one of best transportation in KL City berdasrkan contoh integrasi yang sangat baik dan lengkap serta teratur

Moga bermanfaat.

BACA JUGA :





Monday, December 14, 2020

LRT Plaza Rakyat SP8 Integrasi ke MRT Merdeka Destinasi Popular KL

LRT Plaza Rakyat - MRT Merdeka - Apa yang menarik?

Stesen - stesen di bawah kendalian RapidKL Kuala Lumpur mempunyai banyak integrasi atau sambungan yang memudahkan pertukaran antara line. Antaranya LRT Plaza Rakyat aliran Ampang / Aliran Putra Heights / Sri Petalngyang menghubungkan ke stesen MRT Merdeka Aliran Kajang Line



LRT dan MRT masing-masing mempunyai kaunter dan 'gate' yang berbeza untuk memudahkan urusan. Walau bagaimanapun stesen interchange membenarkan anda menggunakan sistem LRT/MRT berbeza tanpa perlu keluar dari sistem ( tap out ). Antaranya seperti di LRT Masjid Jamek KJL/ Ampang Sri Petaling, LRT Maluri - MRT Maluri, MRL Titiwangsa - Laluan AG / SP 


Platform MRT Merdeka ( stesen terowong bawah tanah )


LRT Ampang / Putra Heights

Bagaimana ke LRT Plaza Rakyat? / How to go to LRT Plaza Rakyat Click Moovit 


Platform 2 LRT Plaza Rakyat SP8

Kaunter Khidmat Pelanggan LRT Plaza Rakyat

Antara khidmat yang anda boleh berurusan ialah tambah nilai TnGo, My30, token perjalanan sehala untuk warga emas dan OKU, tukaran wang untuk membeli token di mesin layan diri (TVM) dan pertanyaan lain.

Di 'concourse' LRT Plaza Rakyat anda akan melihat laluan khas untuk ke MRT Merdeka. Bagi anda yang nak ke MRT Kajang atau Sungai Buloh, teruskan perjalanan, senang je, tak kena hujan semua dalam bangunan.


Laluan dari LRT dan ke MRT Merdeka (vice versa)

Laluan ke MRT Kajang - LRT Plaza Rakyat

Laluan khas sistem interchange MRT Merdeka ke LRT Plaza Rakyat

Concourse MRT Merdeka

Mercu tanda popular MRT Merdeka

Sementara dari MRT Merdeka pula, anda akan melihat signage ke LRT Plaza Rakyat. Jarak perjalanan ke MRT Merdeka ..boleh tahan juga...exercise sikit macam orang Jepun..

Laluan dari MRT Merdeka ke LRT Plaza Rakyat


Jika anda masuk dari stesen MRT anda boleh rujuk 'thermo signage' yang disediakan untuk mengelak dari keliru. Platform 1 menghala ke  Sentul Timur dan Platform 2 menghala ke aliran   Ampang / Putra Heights seperti di bawah:


'Thermo Signage' ke P1 /P 2

Platform 1 akan membawa anda ke Masjid Jamek  serta stesen-stesen lain seperti Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC dan Sentul, erta Sentul Timur. Sementara platform 2 menghala ke 2 destinasi berlainan iaitu Ampang dan Putra Height. Jadi sila pastikan anda melihat signage sebelum memilih platform dan elektronik display yang tertera di platform.
Jadi banyak stesen lain yang mengubungkan antara satu sama lain.

Selain itu, berhampiran stesen MRT Merdeka ini juga terdapat hotel-hotel pelbagai star dan tempat-tempat menarik:
Disebabkan itu ianya menjadi one of the best transportation in KL City.


Info Berkaitan

LRT Lembah Subang KJ25 

MRT Kajang & Putrajaya Line


 





Sunday, December 13, 2020

KL Monorel dan LRT KL Sentral: Amat Mudah ke Plaza Low Yat, Bukit Bintang Naik LRT, MRT, Monorel

Tarikan Bukit Bintang dan Plaza Low Yatt

Terdapat pelbagai cara untuk sampai ke destinasi Bukit Bintang dan lokasi di sekitarnya.

Pilihan Pertama (1st choice to Bukit Bintang )


KL Monorail adalah perkhidmatan monorel dalam bandar yang menghubungkan bahagian utara dan pusat bandar Kuala Lumpur. Kesesakan lalulintas di kawasan segitiga emas "Golden Triangle' memerlukan warga kota untuk membuat pilihan menaiki monorel untuk mengelak kesesakan di jalanraya.
  • Memulakan operasi: 31 Ogos 2003
  • Kelajuan operasi: 60 km/h (37 mph)
  • Panjang aliran: 8.6 km (5.3 bt)
  • Stok kereta api: ALWEG straddle-beam monorail

 






KL Monorel Bukit Bintang

KL Monorel memulakan operasinya mulai 6 pagi setiap hari dan tutup dalam jam 1130 malam, bergantung stesen mana anda berada. Stesen yang amat penting ialah di Bukit Bintang, yang menghubungkan MRT Laluan Kajang.

Ia merentasi pusat perdagangan dan perniagaan utama, jajaran membeli-belah dan rangkaian hotel di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perkhidmatannya di Kuala Lumpur Sentral. Antara destinasi popular KL Monorel ialah KL Sentral, Hang Tuah, Air-Asia Bukit Bintang dan Titiwangsa. Stesen sambungan dan integrasi dengan pelbagai laluan, menunjukkan laluan Monorel agak penting

Peta Laluan KL Monorel

Di hub air terminal Kuala Lumpur Sentral atau lebih dikenali sebagai KL SENTRAL terdapat laluan rel lain yang menghubungkan KTM, MRT, LRT. Selain itu, pusat membeli belah NU Sentral adalah laluan yang menghubungkan sistem rel yang besar termasuk operator KLIA Airport Express dan KLIA Transit, iaitu ERL

4 Koc KL Monorel Tren

BACA JUGA ;

LRT KL SENTRAL KJLINE - klik


KLTRANSIT BLOGSPOT
Pusat Membeli belah NU Sentral

Berhadapan laluan utama berhampiran eskalator ke NU Sentral, terdapat laluan ke KLIA Express dan KLIA Transit, tren ke airport KLIA. Kedua-duanya adalah di bawah ERL

KLTRANSIT BLOGSPOT
Laluan ke KLIA Express kaunter dan NU Sentral

Laluan sibuk ke pusat membeli belah Nu Sentral, ke hub bas Rapid Bas serta perkhidmatan lain seperti teksi bas ke Genting serta bas ke Putrajaya

Pusat Beli Belah di NU Sentral Laluan ke KL Monorel


Di dalam bangunan yang sama terdapat kaunter khidmat pelanggan KL Monorel yang juga menyediakan perkhidmatan penjualan My30, TnGo tambah nilai dan pembelian kad baru, token dan sebagainya.

KLTRANSIT BLOGSPOT
Kaunter Khidmat Pelanggan KL Monorel



Selain Sentral Kuala Lumpur yang menjadi hub master transportation di Lembah Klang, terminal bas di TBS juga tidak kurang sibuknya Kini pengguna mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan perkhidmatan rel yang menjadi semakin popular di Malaysia.

Hotel-hotel berdekatan stesen Sentral Kuala Lumpur termasuk:




Lihat video YouTube di KLTRANSIT TRAVEL CHANNEL integrasi KL Monorel dengan LRT Pasar Seni KJ15

Lihat juga video LRT KL Sentral KJ15 ke LRT Pasar Seni KJ14


Pilihan Kedua (2nd choice)

Kekal berada di stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL), anda boleh memilih untuk ke MRT Muzium Negara

MRT Bukit Bintang Laluan Kajang 

Selain itu MRT Bukit Bintang juga menyediakan perkhidmatan ke destinasi yang sama malah mempunyai kapasiti penumpang yang lebih tinggi. Stesen bawah tanah ini adalah antara terpenting di MRT Laluan Kajang, sejak ianya beroperasi pada tahun 2016 fasa pertama dan siap sepenuhnya setahun kemudian.


Untuk Perjalanan Yang Terancang sila klik - PULSE - Prasarana Journey Planner

Kaunter Khidmat Pelanggan di MRT Bukit Bintang

Kepadatan tren MRL ditampung oleh MRT Laluan Kajang yang juga mempunyai stesen di Bukit Bintang yang lebih besar dan selesa.


Stesen MRT Bukit Bintang ( Pintu A )


MRT Bukit Bintang Pintu A

Saturday, December 12, 2020

UTC Hampir Stesen LRT Damai KJ8 dan LRT Plaza Rakyat


Apakah yang dimaksudkan UTC?

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama atau link strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.

JPJ di Mini UTC Dato' Keramat


Lokasi  UTC ada di seluruh Malaysia untuk kemudahan berurusan dengan agensi kerajaan

Terdapat UTC yang berdekatan dengan stesen-stesen LRT, iaitu di LRT Damai, yang hanya bersebelahan stesen. Urusan-urusan yang melibatkan JPJ dan Pendaftaran Negara dan lain boleh dilakukan di sini. 


Lobi Utama Mini UTC Dato' Keramat

Disebabkan sukar mendapatkan parkir di KL, sebaiknya naik LRT. Isu parkir ini mungkin tidak dirasai ketara di bandar Malaysia yang lain tetapi di Lembah Klang amat ketara

Penggunaan LRT membantu mengatasi isu parkir di Lembah Klang


Kawasan parkir berbayar di LRT Damai 

Teradapat banyakl kawasan parkir yang disediakan di sekitar LRT Damai KJ8


Pintu masuk ke LRT Damai KJ 8 

Terdapat jejantas yang menghubungkan LRT Damai ke Keramat Mall yang juga mempunyai medan selera dan kedai- kedai kecil seperti insuran, percetakan, komputer dan pakaian.

LRT Damai Street Level

Berikut adalah lokasinya:

1. Mini UTC Keramat / paling hampir LRT Damai Laluan Kelana Jaya

Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

TEL : 03-8000 8000

https://maps.app.goo.gl/xtqMUeYWSbMk2etx6

Selain Mini UTC Keramat terdapat juga UTC yang berdekatan LRT aliran Ampang iaitu Plaza Rakyat. Yang juga hampir dengan dahaulunya Pudu Raya


2. UTC KL (Pudu Sentral) /paling hampir LRT Plaza Rakyat Laluan Ampang / Sri Petaling

Jalan Pudu, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel : 03-8000 8000

Stesen LRT Plaza Rakyat

https://maps.app.goo.gl/4pWRGjmZ8F3MMYug8


3. UTC Sentul / paling hampir LRT Sentul - Sentul Timur Laluan Ampang / Sri Petaling

UTC Sentul

Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia


https://maps.app.goo.gl/e7xRkeP4U8TphQQ9A


Berurusan di UTC amat mudah dan selesa terutama jika ada yang ingin memperbaharui passport, lesen, urusan SSM dan sebagainya


BACA JUGA : JOURNEY PLANNER PRSARANA - PULSE


Mini UTC berada di dalam Keramat Mall

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...