Saturday, December 19, 2020

I - Sinar Online - Cara Mohon




1. PENGENALAN BERKAITAN I - SINAR

Belanjawan 2021 telah dibuat dan kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas sejak wabak Covid 19 melanda negara ini. Bagi ahli KWSP, program i-Sinar diperkenalkan bagi pengeluaran duit dari Akaun 1.

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah diberi kemudahan bagi inisiatif i-Lestari dengan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF sebanyak RM500.00 sebulan bagi membantu meringankan beban kewangan setelah negara kita dilanda wabak Covid-19. Baru-baru ini, sewaktu Belanjawan 2021, kerajaan telah membuat pengumuman bagi membantu ahli KWSP yang terjejas dengan memperkenalkan program i-Sinar.

Itu pun selepas ramai yang membuat luahan di media sosial meminta kerajaan tidak mengenakan syarat terlalu ketat

Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum bakal menerima manfaat.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Katanya, golongan terjejas boleh membuat permohonan melalui dalam talian atau ke pejabat KWSP terdekat. Anda perlu mengemukan bukti jelas bahawa anda adalah golongan yang terjejas

Berdasarkan makluman terkini yang diumumkan pada 26 November, Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan tidak kira bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan yang dikurangkan. Pengumuman ini dibuat berdasarkan luahan rakyat di media sosial dan apa yang menggembirakan lagi, mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor.

Berdasarkan pengumuman ini, seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka yang dinaikkan dari had maksima sebelum ini iaitu bermula dari RM 6,000 sehingga RM 9,000 dan yang paling terbaru sehingga RM10,000.

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.


Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:


1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:
Tiada dokumen sokongan diperlukan;
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.


Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Sila klik link di bawah untuk proses permohonan

https://isinar.kwsp.gov.my/

No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...