Monday, December 28, 2020

LRT WANGSA MAJU KJ3 - KELANA JAYA

LRT WANGSA MAJU KJ3 

KLTRANSIT BLOGSPOT
KIOSK LRT Wangsa Maju - gambar kltransit blogspot

 

LRT Wangsa Maju terletak di tengah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi. Kesesakan jalan raya memerlukan penduduk sekitar seksyen 2 Wangsa Maju, menggunakan perkhidmatan LRT dan bas pengantara.

Mula beroperasi pada tahun 1999, LRT Wangsa Maju sangat strategik kerana terdapat banyak kawasan perumahan di sekitar stesen ini, klik lokasi lrt


Google map LRT Wangsa Maju

Bagaimana ke LRT Wangsa Maju? Klik

Perkhidmatan Bas - Klik 222, Klik 250

STREET LEVEL / ARAS BAWAH

Van perantara LRT bagi laluan T252 dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus ke LRT Wangsa Maju. - Foto Prasarana

TERBARU

Perkhidmatan percubaan van perantara transit aliran ringan (LRT) bagi laluan T252 dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus ke LRT Wangsa Maju (melalui PPR Desa Rejang) akan dimulakan 15/11/2020.

KLTRANSIT BLOGPOT
Perhentian Bas dan Teksi

Bas Pengantara di bawah LRT Wangsa Maju




Dilengkapi kemudahan tempat menunggu bas dan teksi, parkir motosikal, kemudahan mesra OKU, para pengguna memilih stesen ini sebagai penghubung ke ibu kota Kuala Lumpur.


KLTRANSIT BLOGSPOT
Laluan masuk ke stesen

Kemudahan lif, eskalator dan tangga yang terletak di paras bawah memudahkan laluan masuk ke stesen dan kawasan 'concourse'

KAWASAN CONCOURSE


KLTRANSIT BLOGSPOT
Kawasan Ticket Vending Machine (TVM)


Pintu masuk utama stesen Wangsa Maju, mempunyai 3 akses utama iaitu dari paras bawah hentian bas, teksi. Akses ke 2 dari kawasan kedai, food court dan perumahan sekitar. Akses ke 3 yang tidak kurang penting ialah dari jejantas yang juga terdapat perhentian bas dan kawasan perumahan berdekatan pusat membeli- belah.

Dilengkapi KIOSK seperti tambah nilai TnGo, MyNews dan makanan ringan, kawasan ini juga dilengkapi dengan kemudahan ATM, TVM (pembelian token), serta kaunter khidmat pelanggan.

KLTRANSIT BLOGSPOT

Kemudahan surau dan tandas yang bersih serta lantai yang sentiasa dicuci 


Escalator, tangga (di sebelah kaunter) dan terdapat juga lift untuk ke platform 1 dan 2.


Di platform 1, tren menghala ke LRT Gombak dan platform 2 yang amat sibuk di waktu pagi menghala ke Putra Heights. 
Kemudahan telefon berwarna kuning (interkom) tersedia untuk pengguna yang berada dalam kecemasan disediakan di sini.


Platform 2 Wangsa Maju

Terdapat video pemandangan trek di YouTube Kltransit Travel Channel untuk rujukan.



Waktu puncak pagi iaitu jam 7 pagi sehingga 830 pagi adalah masa paling sibuk di stesen ini. Anda kini boleh merancang perjalanan yang lebih teratur dengan panduan PULSE yang juga boleh didapati di Google Play Store

Antara Tempat Penting di Sekitar LRT Wangsa Maju








No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...