Panduan Kerja Sebagai Penghantar Makanan (Food Panda Rider)
Antara pekerjaan dan sumber pendapatan popular semasa pandemik covid 19 ini adalah:
Food rider seperti Food Panda Grab Food dan bekerja terus dengan restoran makanan segera
Khidmat menghantar barang melalui pesanan Shopee, Lazada dan parcel individu. Tidak mengira status, kerja sebagai food rider ini adalah halal dan seumpama berniaga sendiri, hanya berbekalkan syarat spt berikut:
ada telefon pintar (iPhone 4s atau lebih baru) atau telefon bimbit Android (4.2 atau lebih baru)
lesen motosikal yang sah, sekurang-kurangnya L. Ada juga yang guna basikal dan terkini jalan kaki sahaja.
Memiliki sebuah motosikal (jika bukan kepunyaan sendiri hendaklah insuran ‘cover note’ sebaiknya ‘all rider’. Jika terjadi kejadian tidak diingini lebih mudah buat tuntutan dll)
Cukai jalan yang sah- sudah semestinya, ini undang-undang Malaysia..hehe
Akuan bank untuk kemasukan gaji -prefer CIMB supaya lebih cepat masuk akaun.
Ada ‘mindset’ yang betul kerana anda berurusan dengan pelanggan
Langkah-langkah mudah yang perlu anda buat:
Sila masuk ke website panda untuk daftar
Pilih bandar yang anda ‘prefer’ untuk bekerja
Keadah yang anda guna motosikal atau berjalan kaki, ada juga yang menaiki basikal
Isi maklumat peribadi sehingga selesai, click icon hantar
Selesai mendaftar anda akan terima SMS dari Food Panda bagi mendengar sesi taklimat atau latihan bagaimana proses penghantaran dilakukan
Setelah tamat, anda perlu mendapatkan ID serta password bagi aplikasi Food Panda
Dapatkan barang asas merchandise sperti t shirt pink, beg panas, bag Food Panda
Anda sepatutnya sudah boleh memulakan tugas sebagai rider dengan memerhati aplikasi Food Panda dan segala pesanan, info akan anda terima di sini. Untuk terima sila accept job untuk segera ke restoran atau food supplier. Untuk memudahkan tugas, perlu guna waze, google map kerana ada tempat tempat yang anda kurang mahir
Pembayaran Gaji
Sebelum ini, penghantar makanan Foodpanda dibayar RM4 sejam dengan tambahan RM3 hingga RM5 setiap pesanan berdasarkan prestasi penunggang.
Bagaimanapun, menerusi skim pembayaran baharu, Foodpanda menghapuskan bayaran mengikut jam dengan meningkatkan bayaran setiap pesanan antara RM4.50 hingga RM7.
Skim bayaran baharu rider Foodpanda:
1)Bayaran setiap pesanan dinaikkan antara RM4.50 hingga RM7.00.
2)Lebih fleksi untuk rider memilih bila dan di mana mereka mahu bekerja, di mana penghantar diberi senarai ‘zon panas’ atau ‘zon berpotensi tinggi’.
3)Penghantar akan diberi insentif sebanyak RM150 apabila berjaya menghabiskan waktu bekerja selama 40 jam seminggu.
4)Bayaran tambahan RM1 bagi setiap tempahan yang dihantar bagi tempoh 11 malam sehingga 9 pagi setiap hari.
5) Penghantar juga akan mendapat bonus tambahan RM50 apabila melengkapkan minimum 80 pesanan setiap minggu. Bonus akan meningkat sehingga RM120 seiring peningkatan pesanan.
Sebagai contoh, seorang penghantar makanan yang bekerja 8 jam sehari dengan anggaran mendapat tiga pesanan setiap jam (RM7 setiap pesanan), akan memperoleh pendapatan berjumlah RM168.
Sekiranya penghantar tersebut bekerja selama lima hari seminggu, dia akan memperoleh RM840 bagi minggu tersebut dan dicampur dengan RM80 bonus tambahan kerana mendapat 120 pesanan.
Moga bermanfaat
No comments:
Post a Comment