Friday, December 11, 2020

Lanjutan Promosi My30 - Pengangkutan Awam Paling Jimat, Efisien, Selesa Untuk Rakyat Malaysia

Tiada BSH tak pe, My30 kan ada

Nama Produk : My30 Medium TnGo

                       

 Keterangan Produk : RapidKL Perjalanan Tanpa Had Selama 30 Hari 

Tarikh Mula : 15 Jun 2020 (sehingga promosi tamat -ikuti perkembangan semasa)

Pendahuluan : RapidKL memperkenalkan pas My30 – Perjalanan tanpa had selama 30 hari kepada semua warganegara Malaysia. Produk dijual bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020***. Pas My30 menawarkan perjalanan tanpa had kesemua rangkaian RapidKL dan akan memberikan penjimatan berganda.

 1. Apakah pas My30 dan faedahnya? 

Pas My30 diperkenalkan untuk mengurangkan kesan COVID-19 dikalangan pelanggan kami dan menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di kesemua rangkaian RapidKL rel dan bas. Anda boleh melanggan pas ini pada bila-bila masa bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Pas ini membolehkan anda menggunakan perkhidmatan RapidKL tanpa had setiap hari. Pas My30 hanya boleh dilanggan menerusi MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go atau kad konsesi MyRapid bagi pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah sahaja. Produk ini boleh dilanggan bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan dimana selepas itu My100 dan My50 akan diperkenalkan semula. 

2. Berapa banyakkah jenis produk yang ditawarkan?

Bermula 15 Jun 2020, RapidKL hanya menawarkan pas My30 sebagai gantian pas My100: Perjalanan tanpa had di kesemua rangkaian RapidKL iaitu MRT, LRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT dengan hanya RM30 selama 30 hari. Pas perjalanan tanpa had My50 untuk bas RapidKL dan bas perantara MRT tidak akan dijual. Para pelanggan My50 boleh melanggan pas My30 yang lebih murah dengan rangkaian perkhidmatan yang lebih luas iaitu termasuk perkhidmatan rel. 

Selepas 31 Disember 2020, pas My100 dan My50 akan diperkenalkan semula. (TERBARU: DILANJUTKAN  OLEH MENTERI KEWANGAN MALAYSIA)

YB Tengku Zafrul Tengku Aziz Menteri Kewangan Malaysia

SEE ALSO : RAPIDKL JOURNEY PLANNER -PULSE

3. Apakah syarat kelayakan untuk melanggan pas My30? 

Anda haruslah merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah

4. Berapa lamakah pas My30 akan berada dipasaran? 

Produk ini boleh dilanggan bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan dimana selepas itu My100 dan My50 akan diperkenalkan semula. 

5. Di manakah saya boleh melanggan pas My30? 

Anda boleh melanggan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL seperti yang tertera di bawah:

a) Semua stesen LRT 
b) Semua stesen MRT 
c) Semua stesen Monorel 
d) Semua stesen BRT 
e) Hab bas terpilih: 

• Pasar Seni 

• Seksyen 2, Shah Alam 

• Sri Nilam

 • Greenwood

 • Terminal Kajang

6. Bilakah saya boleh mula melanggan pas My30?

Anda boleh melanggan bermula 15 Jun 2020 atau pada bila-bila masa selepas itu sehingga 31 Disember 2020 dan setelah pas My100/My50 sediaada anda telah tamat tempoh 

7. Bagaimanakah langkah-langkah untuk melanggan pas My30?

 Anda hanya perlu membawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL. Sila rujuk soalan lazim bagi langganan baru di portal www.myrapid.com.my untuk keterangan lanjut.

i) Sila bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih. Anda dikehendaki menambah nilai kad MyKad atau MyTentera sebanyak minimum RM40. Sebanyak RM0.50 akan ditolak untuk cas tambah nilai. Selepas penolakkan RM0.50, baki RM9.50 disimpan di dalam system Touch ‘n Go anda. 

Baki ini tidak akan ditolak lagi di dalam sistem kami melainkan anda menggunakannya untuk transaksi selain di rangkaian RapidKL (di tol, kedai serbaneka, pusat membeli-belah dan sebagainya).

 ii) Sila rancangkan terlebih dahulu jadual perjalanan anda sebelum menggunakan rangkaian RapidKL kami. Pas My30 yang dilanggan akan diaktifkan sebaik sahaja anda menyentuh pas di pintu masuk rangkaian RapidKL. 

Anda boleh membuat mengaktifan pas untuk pembaharuan pas secara otomatik di kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih.

Selepas pas berjaya diaktifkan untuk pembaharuan secara otomatik, anda boleh tambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai-kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai Touch ‘n Go untuk bulan-bulan seterusnya. 

Anda hanya perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 (RM5.00 untuk floating dalam sistem , pastikan kad disentuh masuk dan keluar setiap kali anda menggunakan tren atau bas )setiap bulan.

Jangan lepaskan peluang, RM1.00 sehari mana nak dapat? Paling murah dalam dunia, bayangkan jika anda naik semua pengangkutan di bawah kelolaan RapidKL, hanya seringgit je??

Terbaru, produk di bawah PENJANA ini dilanjutkan sehingga ke tahun hadapan, 2021 untuk membantu meringankan beban rakyat akibat covid 19


My30 Laku Macam Goreng Pisang Panas -BERITA HARIAN


Sumber;

1. Youtube

2. Berita Harian

No comments:

Post a Comment

MRT PY06 Sri Damansara Barat More Park N Ride Facilities

MRT PY06 Sri Damansara Barat is a one of station under MRT Putrajaya Line. Started its operation in 16th June 2022, the extension of MRT lin...